Terkini Kotak Hitam Lion Air Yang Dijumpai Oleh Pasukan SAR Rupanya Rupanya Tidak Lengkap

JAKARTA: Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) berjaya menemui perakam data penerbangan (FDR) pesawat Lion Air yang terhempas Isnin lepas di perairan Tanjung Karawang pagi Khamis.

Ketua Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan Indonesia (Basarnas), Muhamad Syaugi berkata FDR itu ditemui di kedalaman 30 meter, iaitu 500 meter dari koordinat pesawat itu dilaporkan terhempas.

“Kami menemui sebahagian kotak hitam, iaitu FDR, (tapi) perakam suara kokpit (VCR) masih belum ditemui,” katanya dalam siaran langsung yang disiarkan sebuah televisyen tempatan, TV One dari Kapal KM Baruna Jaya 1, yang terlibat dalam operasi pencarian itu di perairan Tanjung Karawang, Khamis.

Beliau berkata FDR itu ditemui pasukan penyelam tentera Indonesia (TNI) pada jam 10.05 pagi.

Hanya sebahagian kotak hitam ditemui, perakam suara kokpit belum jumpa

Salah seorang anggota pasukan penyelam memegang kotak hitam penerbangan Lion Air yang ditemui di dasar laut sebelum dimasukkan ke dalam bekas plastik. -fotoAFP

Kotak hitam pesawat itu mengandungi FDR (yang merekodkan percakapan di dalam pesawat) dan CVR (yang merekodkan percakapan juruterbang dan pembantu juruterbang di kokpit).

Sementara itu penyelam yang menemui FDR berkenaan, Sertu Hendra berkata beliau melihat sebuah kotak berwarna oren yang tertimbus di dalam lumpur di dasar laut.

“Ketika itu saya menyelam di kedalaman 30 meter, saya juga melihat adanya bangkai pesawat, yang panjangnya kira-kira satu meter setengah,” katanya.

Operasi SAR hari keempat hari ini itu turut mengunakan teknologi canggih seperti teknologi sonar yang sebelum itu telah mengesan isyarat ping di koordinat berkenaan.

Penerbangan JT610 itu membawa 181 penumpang dan lapan anak kapal itu terhempas selepas berlepas dari Lapangan Terbang Soekarno-Hatta pada 6.20 pagi Isnin di koordinat S 5 49.052 E 107 06.628. -Bernama

SUMBER : MSTAR ONLINE

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading...