[VIDEO] Kejutan Hari Jadi Emma Maembong, Alvin Chong Hadiahkan Seutas Gelang Mewah!

Pada 23 Januari lepas, Emma Mammbong telah memberi kejutan kepada Alvin Chong sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-26 tahun.

Kini tiba pula giliran Alvin untuk memberikan kejutan kepada Emma bersempena dengan ulang tahun kelahirannya yang ke-26 tahun semalam. Alvin juga telah memuat naik sebuah video di Instagramnya dengan memberi ucapan yang terindah kepada birthday girl itu.

VIDEO :

https://www.instagram.com/p/Bg2jdW4gthR/

Menerusi kapsyennya itu, beliau meluahkan rasa gembira kerana Emma telah menerima hadiahnya itu, seutas gelang Pandaora.

Meskipun kejutan itu dilakukan secara kecil-kecilan dan last minute, namun, dengan bantuan rakan-rakannya iaitu Aman Aziz dan Kael, Alvin berharap agar kejutan tersebut memberi makna kepada Emma.

Ekspresi wajah Emma yang teruja dan excited sangat ketara apabila beliau menerima kejutan dari Alvin dan rakan-rakan yang lain.

Rakan artis turut memeriahkan hari jadi Emma.

Tidak ketinggalan rakan artis turut menjayakan kejutan harijadi Emma iaitu Aman Aziz yang popular dengan lagu Sulit dan seorang pelakon, Kael.

Happy birthday, Emma.

Menerusi Instagram Story Alvin, beliau telah merakamkan detik indah bersama Emma apabila menghadiahkan seutas gelang Pandora kepada birthday girl itu.

Terima kasih, Alvin Chong.

Emma juga tidak ketinggalan untuk memuat naik Instagram Story apabila Alvin memberikan kejutan kepadanya. – SL

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : EmmaMaembong, AlvinChong, OhMedia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading...