Neelofa Tidak Boleh Merahsiakan Perasaan Gemuruh.

TATKALA gelanggang soalan tentang cinta dibuka, Neelofa segera menjeling manja. Dengan senyuman manis yang diukir, dia seakan-akan dapat mengagak soalan yang bakal ditanya.

Kunjungan Neelofa dan bekas teman lelakinya, Datuk Hans Isaac ke pusat peranginan popular, Genting Highlands pada hujung ming­gu lalu bagi menonton konsert artis terkenal antarabangsa, John Legend menimbulkan pelbagai persepsi.

Sama ada bercinta kembali atau tidak, itu persoalan yang menari-nari di benak fikiran peminat. Namun hanya Neelofa sahaja yang punya jawapan terhadap dakwaan tersebut.

“MACAM MANA SAYA NAK ADAKAN BENDA YANG TIDAK ADA? BERITAHU SAYA. SAYA DAN HANS AKAN BERKAWAN UNTUK SELAMA-LAMANYA. WALAU APA PUN YANG SUDAH TERJADI ATAU AKAN TERJADI, KAMI AKAN TETAP MENERUSKAN PERSAHABATAN.

“(SAMA ADA) DIA BERKAHWIN ATAU SAYA KAHWIN. DIA ADA ORANG LAIN DAN SAYA BERCINTA DENGAN ORANG LAIN, KAMI TETAP AKAN BERSAHABAT UNTUK SELAMA-LAMANYA,” JAWABNYA.

Selesa untuk bekerjasama dengan penerbit dan pelakon popular itu, Neelofa kekal profesional dan tahu batas-batas sebagai seorang sahabat. Malah dia juga mahu semua pihak menghormati persahabatan tersebut.

“SAYA DAN HANS TAHU BATAS-BATAS PERSAHABATAN. SAYA KENAL KAWAN-KAWAN DIA DAN HANS JUGA KENAL DENGAN KAWAN SERTA KELUARGA SAYA, JADI TAK ADA MASALAH.

“SEMUA TAHU DAN HORMAT PERSAHABATAN KAMI,” KATANYA DIAKHIR BICARA.

Gementar, teruja

BERGANDINGAN buat julung kalinya di layar kaca dengan hero pujaan ramai, Zul Ariffin menerusi drama Ti Amo, Sweetheart 100 Hari, Neelofa tidak boleh merahsiakan perasaan gemuruh.

Di sebalik senyuman dan gelak ketawa ketika diajukan soalan, dia sejujurnya gementar dengan harapan menggunung peminat setianya yang tidak sabar menantikan hadiah baharu daripadanya itu.

“PENGGAMBARAN BERLANGSUNG DENGAN LANCAR DAN MUDAH. SAYA TERPEGUN DENGAN KECANTIKAN ROM, ITALI DAN JALAN CERITA ITU SENDIRI. MEMANG TERUJA TETAPI SEKARANG LEBIH KEPADA GEMENTAR.

“RAMAI PEMINAT YANG TAK SABAR MENANTIKAN DRAMA ITU. HARAPAN ITU YANG BUAT SAYA GEMURUH. APA PUN, SAYA DAN SELURUH KRU PRODUKSI SERTA PELAKON LAIN SUDAH MEMBERIKAN YANG TERBAIK. NANTIKAN,” KATA PENGACARA MELETOP INI.

Harapan peminat bukan sahaja terhadap drama namun dia juga sedar, ada peminat yang ‘merestui’ sekiranya dia menjalinkan hubungan cinta dengan Zul. Malah tanda pagar #ZuLofa pun sudah tular baru-baru ini.

Tidak mahu memberi bayangan atau merahsiakan sesuatu, Neelofa sekali lagi menegaskan dia dan Zul ‘bercinta’ hanya untuk drama tersebut. Profesional dalam bekerja menjadikan mereka lebih mudah serasi.

“SAYA SUKA BEKERJA DENGAN ZUL. SANGAT PROFESIONAL. TAK PERLU TERLALU MENCUBA UNTUK MENDAPATKAN MOOD DAN KESERASIAN ITU. PEMINAT PUN FAHAM ITU HANYA UNTUK DRAMA,” KATA WANITA BERUSIA 29 TAHUN INI. – SL

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : UtusanOnline

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading...