Izreen Azminda Bukan Lagi Model Produk ERYNS – Eksekutif

Sejak berkahwin secara rahsia dengan Ude Wahid, 30, sebagai isteri kedua, Izreen Azminda dianggap perampas oleh sesetengah netizen. Perkara itu seolah-olah menjadi sahih apabila Ude memfailkan perceraian terhadap isteri pertamanya pada 30 November tahun lepas, tiga bulan setelah mengahwini Izreen.

Ude dan Intan Liana Saleh, 33, sah bercerai talak satu pada 22 Mac. Namun begitu, Netizen telah memulakan kempen memboikot produk yang dilakonkan dan dipromosikan oleh Izreen sejak mereka tahu Ude bakal menceraikan Intan sejak 28 Februari lagi. Terbaru, eksekutif produk Eryns, tampil membuat penjelasan kepada URTV bahawa Izreen bukan lagi model untuk produk mereka.

Norseela Mazlan,36, memberitahu:

TIDAK DINAFIKAN, IZREEN PERNAH MENJADI MODEL PRODUK KAMI UNTUK TEMPOH ENAM BULAN. ITU PUN PADA TAHUN 2016. SEKARANG, IZREEN BUKAN MODEL PRODUK KAMI LAGI.

IZREEN BUKANLAH DUTA PRODUK SEPERTI MANA YANG DIANGGAP OLEH SESETENGAH NETIZEN. KAMI LANTIK IZREEN SEBAGAI MODEL ATAU PENAMPILAN ISTIMEWA SEMPENA PROMOSI PRODUK ERYNS KETIKA ITU.

TIDAK DINAFIKAN, IZREEN PERNAH MENJADI MODEL PRODUK KAMI UNTUK TEMPOH ENAM BULAN. ITU PUN PADA TAHUN 2016. SEKARANG, IZREEN BUKAN MODEL PRODUK KAMI LAGI.

IZREEN BUKANLAH DUTA PRODUK SEPERTI MANA YANG DIANGGAP OLEH SESETENGAH NETIZEN. KAMI LANTIK IZREEN SEBAGAI MODEL ATAU PENAMPILAN ISTIMEWA SEMPENA PROMOSI PRODUK ERYNS KETIKA ITU.

SELEPAS ENAM BULAN KAMI TIDAK LAGI MENGGUNAKAN GAMBAR ATAU PUN VIDEO IZREEN UNTUK TUJUAN PROMOSI PRODUK. INI KERANA PERJANJIAN KAMI HANYA UNTUK TEMPOH ENAM BULAN.

SAYA TAHU SESETENGAH NETIZEN MASIH KELIRU APABILA ADA (HATERS) YANG MEMUATNAIK KEMBALI GAMBAR-GAMBAR IZREEN BERSAMA PRODUK KAMI. ITU ADALAH GAMBAR SEMASA MAJLIS PELANCARAN PRODUK ERYNS PADA 22 SEPTEMBER 2016, DUA TAHUN LALU.

BUKAN ITU SAHAJA, ADA YANG MENGANGGAP PRODUK ERYNS DAN IZREEN SALING BERKAITAN HANYA KERANA SEBUTAN KEDUA-DUA NAMA INI HAMPIR SAMA. INI HANYALAH SECARA KEBETULAN.

SEBENARNYA, BUAT MASA INI, ERYNS TIDAK MELANTIK MANA-MANA MODEL ATAU DUTA PRODUK.

PADA MULANYA KAMI TIDAK MAHU TAMPIL MEMBUAT PENJELASAN KERANA MENGANGGAP ITU HANYA ISU KECIL. TETAPI IA MENJADI LEBIH TERUK APABILA SEMAKIN RAMAI YANG KELIRU SEHINGGA MAHU MEMBOIKOT PRODUK-PRODUK ERYNS.

Penjelasan itu dibuat memandangkan terdapat usaha sesetengah pentadbir laman Instagram ‘pembenci’ Izreen yang telah tag akaun Instagram @ErynsHQ seolah-olah memberitahu Netizen lain bahawa Izreen ialah duta produk itu jadi ia patut diboikot.

Sebelum ini, beberapa produk seperti Meeracle Skincare mengumumkan penamatan kontrak dengan Izreen, manakala terdapat satu salinan skrin WhatsApp DYXY Cosmetics meminta agen agar tidak menggunakan video menampilkan Izreen sebagai promosi kerana tidak mahu terkena tempias kontroversi membabitkan pelakon itu. – SL

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : beautifulnara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading...