Ikut Jejak Neelofa, Shila Amzah Kini Dalam Senarai ‘Forbes’!

Penyanyi Malaysia yang mencipta nama di negara China, Shila Amzah, tersenarai dalam Forbes 30 Under 30 Asia 2018.

Shila atau NurShahila binti Amir Amzah, 28, merupakan seorang penyanyi-pencipta lagu, pelakon, ahli perniagaan dan penerbit rakaman terkenal dari Malaysia tersenarai di bawah kategori Selebriti.

Beliau terus mendapat kemasyhuran selepas memenangi Asian Wave dan naib-johan dalam I Am A Singer (Musim 2) dengan digelar sebagai Asia’s Sweetheart (Buah Hati Asia), Princess of Music (Puteri dalam Muzik) dan National Treasure of Malaysia (Khazanah Negara Malaysia).

Difahamkan bahawa acara tahunan ini sedang memasuki tahun ke tiga dan akan menyenaraikan 30 penerima dalam 10 kategori yang berbeza.

Menerusi Instagram miliknya, Shila Amzah telah berkongsi kegembiraan dan kesyukurannya setelah berjaya tersenarai dalam kategori itu.

Antara selebriti yang tersenarai di seluruh Asia

Semua individu yang menerima penghargaan itu berusia di bawah 30 tahun dan dipilih oleh para penilai yang merupakan antara tokoh terkemuka dalam bidang mereka masing-masing.

Kumpulan nyanyian pop korea yang diminatinya Shila, Bangtan Sonyeondan (BTS) turut tersenarai dalam kategori ini.

Ikut Jejak Neelofa

Sebelum ini Neelofa, merupakan antara 300 individu yang tersenarai dalam Forbes 30 Under 30 Asia 2017. Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 28, pengasas dan pengarah NH Prima International Sdn Bhd, tersenarai di bawah kategori Runcit dan E-dagang. – SL

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Forbes

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading...