Shila Amzah Menggelar Tokti ‘no brainer’? Lalu Dikecam Netizen.

Industri hiburan tanah air memang terdapat banyak program hiburan. Namun yang paling diminati ramai adalah program nyanyian. Kini program yang sedang menjadi tontotan orang ramai adalah program Big Stage.

Untuk mereka yang tidak tahu, program Big Stage ini mempunyai peserta terdiri daripada Budak-budak Baru Nak Up (BBNU) seperti Sarah Suhairi, Syafiq Farhain, Sissy Iman, dan Ariff Bahran. Tapi baru-baru ini rancangan ini dilanda kontroversi.

Ini terjadi Sarah Suhairi menyanyikan lagu kumpulan K-Pop, Blackpink serta mendapat komen daripada penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Penyanyi nombor satu negara itu memberitahu bahawa lagu yang dinyanyikan oleh Sarah sebenarnya lagu yang mudah. Perkara ini menjadi lebih hangat apabila penyanyi Shila Amzah memberi pendapat dan tidak bersetuju dengan komen Siti.

Tweet ini membuatkan netizen marah dan bengang terhadap Shila. Mereka menganggap bahawa Shila mengatakan penyanyi ‘lejen’ tanah air itu dikatakan sebagai no brainer. Terus ada orang memerli Shila.

Bukan itu sahaja, malah mereka turut memuat naik perbandingan suara di antara Siti dan Shila di ruangan komen.

Memang betul suara Siti lebih power berbanding Shila. Namun begitu, apa pula kata Shila terhadap isu ini? Rupa-rupanya semua ini adalah salah faham dan menurut Shila, dia tidak berniat untuk menyakitkan hati sesiapa pun.

Jadi semua ini salah faham sahaja. Janganlah ambil hati ya. Dan Shila pun selepas ini diharapkan lebih berhati-hati dalam berkata.

Sumber: ohmymedia

Kredit: PortalAstroGempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *