50 Orang Pendatang Haram Tiba-tiba Mendarat Di Tepi Pantai Membuat Pengunjung Terkejut

Para pengunjung di sebuah pantai di Sepanyol telah dikejutkan dengan kehadiran sebuah bot yang penuh dengan pendatang asing yang tiba-tiba mendarat di tepi pantai berhampiran dengan sebuah hotel mewah.

Di dalam sebuah rakaman yang diambil pada hari kejadian, ramai pengujung kelihatan terkejut apabila menyaksikan puluhan pendatang asing turun daripada bot tersebut setelah mendarat di Pantai Barossa yang terletak di  wilayah selatan Sepanyol.

Menurut sebuah laporan, bot pelampung itu dikatakan telah membawa puluhan pelarian memasuki Eropah.

Berdasarkan kepada sebuah laporan media tempatan, majoriti daripada penumpang bot tersebut merupakan kanak-kanak.

Mereka dilihat berlari meninggalkan bot sebaik saja mendarat. Ada di antara mereka yang memanjant tebing tinggi untuk melarikan diri. Terdapat beberapa daripada mereka yang pergi ke hotel berhampiran untuk mendapatkan perlindungan.

Pihak berkuasa telah berjaya menahan dua orang tidak lama selepas bot tersebut mendarat di kawasan pantai yang sibuk itu.

Sejak dari hari Jumaat yang lepas, terdapat lebih 500 orang pendatang asing yang mendarat di sekitar kawasan pantai Andalusia.

Sumber: taiko

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *