Najib Razak Akhirnya Jawap 3 Soalan Lim Guan Eng Dengan Hanya Menggunakan 1 Ayat Ini Tapi Di ulang Sebanyak 3 Kali

Saya dimaklumkan bahawa Menteri Kewangan, Lim Guan Eng telah diminta untuk memberi kenyataan kepada pihak polis berdasarkan laporan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin.

Lim tidak membuat laporan polis sendiri terhadap dakwaannya kononnya BN telah “merompak” wang GST sebanya RM18 bilion semasa sesi parlimen yang memberikannya imuniti.

Ini adalah langkah bijak oleh Lim kerana membuat laporan polis yang palsu adalah salah di sisi undang-undang.

Untuk ketiga-tiga soalan yang ditujukan kepada saya oleh Lim mengenai isu GST baru-baru ini, jawapan saya ialah “tiada”, “tiada” dan “tiada”.

Dengan tiba-tiba pula, Lim membuat satu lagi tuduhan bahawa LHDN di bawah kerajaan BN telah melakukan pecah amanah kerana tidak mengembalikan cukai pendapatan dan cukai keuntungan hartanah yang terlebih bayar sebanyak RM16.046 bilion dari zaman silam sehingga 31 Mei 2018.

Kerajaan mengutip cukai pendapatan sebanyak RM130 bilion setiap tahun. Jika 10 tahun, ia berjumlah RM1.3 trillion. Jika benar RM16 bilion belum dibayar balik ia hanya 1 peratus dari kutipan bagi tempoh 10 tahun.

Ada banyak sebab mengapa LHDN tidak dapat membayar balik termasuk faktor pekerja ataupun syarikat asing yang tidak lagi berada atau beroperasi di negara ini, syarikat yang sudah tutup ataupun orang yang tidak dapat dikesan. Malah, kegunaan ‘set-off’ (tolak-selesai) untuk kredit cukai (tax credits) bukan sesuatu yang luar biasa dan sering digunakan dalam negara ini dan diluar negara.

Saya hairan mengapa ahli parlimen Pakatan Harapan tidak pernah sekalipun membangkitkan isu ini walaupun sekali sebelum mereka menjadi kerajaan. Kalau sebanyak 1,6 juta kes syarikat, individu, persatuan dan yayasan terbabit, ini tentu sudah menjadi isu yang besar sebelum ini.

Saya lebih pelik kerana sama seperti kes wang GST sebanyak RM18 bilion, Lim hanya sedar tentang isu RM16.046 bilion tuntutan cukai pendapatan lebih bayar selepas tiga bulan.

Saya juga hairan kerana selama BN menjadi kerajaan, ini tidak pernah menjadi isu dan hanya apabila HARAPAN menjadi kerajaan timbul banyak isu seumpama ini tetapi apabila diminta untuk membuat laporan polis, beliau enggan.

Jika Lim mahu berterusan menuduh kerajaan BN tiada wang untuk membayar ataupun wang semua sudah dicuri adalah tidak benar kerana mengikut penyata akhir tahun 2017 yang dikeluarkan oleh Akauntan Negara Malaysia, kerajaan Malaysia mempunyai wang tunai RM18 bilion pada akhir tahun 2017 termasuk RM8,914 juta dalam tangan dan RM7,749 juta dalam Akaun Simpanan Tetap (FD) bagi tempoh tiga (3) bulan dan ke bawah.

Saya mahu menyatakan dengan jelas berikutan pengecualian cukai selama tiga bulan (tax holiday) dan kekurangan pendapatan setiap bulan selepas pemansuhan GST dan digantikan dengan SST telah menyebabkan kerajaan kehilangan hasil sebanyak RM31 bilion.

Besar kemungkinan bahawa selepas tiga setengah bulan, Lim baru menyedari bahawa langkah “tax holiday” dan menukar dari GST ke SST adalah langkah yang tidak betul. Berikutan cara pengurusan ekonomi yang tersasar kerajaan baharu ini, mereka kini menuding jari ke arah kerajaan BN sebagai selimut kepada kesilapan mereka sendiri.

Sebenarnya, tidak perlu untuk layan dakwaan bermotif politik ataupun bedebat dengan orang yang mungkin tidak tahu polisi atau cara wang tunai kerajaan diuruskan. Namun, saya percaya rakyat perlu tahu dan diberi kefahaman apakah sebenarnya yang berlaku berlandaskan fakta.

Lebih baik kerajaan HARAPAN menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk kedua-dua isu GST dan cukai lebih bayar dengan serta-merta kerana melibatkan wang kerajaan sebanyak RM35 bilion bagi mencari kebenaran dalam memastikan adakah kerajaan BN, Kastam dan LHDN telah melakukan pecah amanah ataupun kerajaan HARAPAN hanya meneruskan permainan politik mereka.

SUMBER : MKINI

sumber: buletinnetizen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *