Dikecam Sebagai ANAK DURJANA DAN MENANTU JAHANAM, Akhirnya Anak Penjual Kerepek Viral Tampil Beri Penjelasan

Tular baru-baru ini di media sosial mengenai seorang warga emas yang didakwa ditinggalkan anak di kaki lima untuk menjual kerepek.

Dalam rakaman video yang disebarkan, lelaki warga emas tersebut yang merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) dilihat ditinggalkan oleh anak perempuannya dalam kejadian yang berlaku di Jitra, Kedah itu telah mengundang kemarahan netizen.

Cacian demi cacian yang dilemparkan, akhirnya anak kepada lelaki tersebut tampil membuat penjelasan bagi menjernihkan suasana, dan penjelasan tersebut dilaporkan oleh salah sebuah portal berita tempatan atas talian berbahasa Melayu.

Wanita itu, Aisyah Sudin, 22, seperti yang dilaporkan portal berita itu mengakui bahawa lelaki OKU tersebut merupakan bapa tiri yang dijaganya.

Portal berita tersebut turut memberitahu bahawa Aisyah berkata yang ayah tirinya memang sudah berniaga buat sekian lama sehingga sukar untuk dihalang walaupun umurnya sudah lanjut dan kesihatan tidak berapa baik.

Menurut Aisyah, ayahnya sudah pun berniaga sejak 10 tahun lagi, semasa arwah ibunya masih ada, membuatkan mereka sebagai anak tidak mampu melarang kehendak ayahnya yang mahu meneruskan rutin hariannya.

Portal tersebut turut melaporkan perkongsian yang dibuat Aisyah bahawa ayahnya mengalami masalah kesihatan akibat demam kepialu yang dialaminya kira-kira 30 tahun yang lalu.

Aisyah turut mendedahkan, sekiranya anak-anak enggan untuk menuruti permintaan dan menghantar si ayah ke kaki lima kedai untuk berniaga, ayahnya akan meminta bantuan daripada rakan-rakannya untuk berbuat demikian.

Justeru, disebabkan bimbang dengan keselamatan ayahnya sekiranya dibiarkan keluar berseorangan atau dihantar orang lain, Aisyah yang tidak bekerja memberitahu portal berita tersebut bahawa dia akan menghantar dan memantau ayahnya ketika menjual kerepek tersebut.

Aisyah juga memberitahu bahawa ketika kejadian rakaman itu diambil, dia sebenarnya berada di kedai berdekatan memandangkan ayahnya masih belum mula menjual.

Malah ayah tirinya turut mengakui bahawa tiada seorang pun anaknya yang memaksa dia keluar berniaga dan aktiviti yang dijalankannya itu adalah kerana kemahuannya sendiri.

Portal berita itu turut melaporkan warga emas itu memberitahu dia merasa bosan sekiranya tidak keluar berniaga memandangkan sudah berniaga buat sekian lama sebelum ini.

Aisyah sendiri turut mengakui bahawa pemilik rakaman tersebut menularkan video itu tanpa mengetahui perkara sebenar. Hasil penularan video tersebut katanya, berlaku salah faham sehingga Aisyah dikecam teruk oleh netizen.

sumber: siakapkeli

Sebelum ini tularnya beberapa buah video dan gambar oleh seorang netizen yang prihatin dengan nasib orang tua yang dilihat hampir rebah sewaktu mencari rezeki untuk anak dan menantunya yang dikatakan tidak bekerja dan hanya mengharapkan wang dari orang tua tersebut.

Sungguh menyayat hati lagi pula apabila perkara tersebut dirakamkan sehari sebelum hari raya Aidiladha yang jatuh kepada 22hb Ogos 2018. video tersebut sungguh menarik perhatian netizen yang amat prihatin dengan orang tua tersebut yang kelihatan sungguh menyedihkan tanpa belas kasihan oleh anak dan menantunya yang hanya goyang kaki sahaja di rumah .

Beberapa orang netizen prihatin juga mengambil keputusan untuk membantu orang tua tersebut dan mengutuk tindakan anak anaknya yang sanggup melakukan sedemikian rupa terhadap ayah kandungnya yang bukan sahaja sudah tua malah tidak bermaya untuk mencari rezeki. Selain itu orang tua tersebut terbukti sakit dan memerlukan bantuan.

Video tersebut telah mendapat lebih daripada 60 ribu share di laman sosial dalam jangkamasa yang amat singkat iaitu bawah dari 20 jam ianya dimuat naik. Ianya membuktikan bahawa netizen amat prihatin dengan situasi tersebut dan mengutuk perbuatan anak orang tua tersebut.

VIDEO:

ANAK DERHAKA YANG MENGORBANKAN AYAHNYA Allahuakhbar depan mata aku. .Gamak anak buat mcm ni. Esok nak raya hantaq ayah suruh mai jual kerepek. Ayah kalau sihat xpa. Naseb hang pompuan oi aku xdan nak rekod muka hang! .Depan mata aku pakcik ni nak tersembam… cepat kaki aku melangkah sambut pakcik. Teruih ayaq mata berderai…bila tanya dah makan ka belum, dia jawab dak lagi, lapaq.. .Anak ada sorangCucu sorangMenantu sorang.Semua sihat belaka lagi.. yang mai hantaq org tua ni PASAIPA?????????????? Dengan keadaan dia mcm ni, dia kena rehat. Tambah tambah esok nak raya😭.Salah satu punca rezeki sempit adalah layanan anak kepada org tuanya. Nasihat untuk diri aku juga. Ya allahhh mama abah😭😭😭Sumber : Suhaida Nabila Binti Jamal Abdul Nasir

Posted by MAMA Dan Anak on Tuesday, 21 August 2018

Sumber : theexpressviral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *